Saturday, 31 December 2011

Sifat2 manusia....*aristotle*

 Assalamualaikum semua, hari ni detik 2012 saya nak cerita sedikit la mengenai sifat2 manusia...seperti tajuk di atas... *gambar kat atas tu hiasan je*

Roh api dari panasnya tak terperi, lebih panas daripada suhu di matahari hinggalah ke kepijaran api tanpa cahaya haba...roh api yg besar, kecik, sederhana dll....semuanya kerabat roh api dari yang menyalakan api neraka sehinggalah yang menyalakan api rokok yang boleh membawa maut...
 api jugalah yang menjadi zat iblis yang mengingkari perintah penciptanya....
Roh angin dari selembut bayu sepoi2 bahasa,kencangnya seganas ribut, beliung yang membadai taufan, tentunya roh angin itu kadang2 menjadi sahabat roh api... apabila bersama porak-perandalah alam semesta , dibakar tanpa henti, sinarnya mengembara jutaan tahun...
debu dan awan kosmik itu membentuk roh tanah yang renyuk oleh tarikan graviti, lalu menjadi bintang & planet yang mengisi alam semesta.... di bumi roh tanah menjelma menjadi bukit, gunung, banjaran, lurah dan gua yang menjadi tempat bertapa di alam maya... apabila roh tanah  bergabung dengan roh api maka jadilahgunug berapi yang membawa kemusnahan dalam kehidupan...
 Roh air pula terjadi disebabkan 2 zarah atom hidrogen bercantum dalam ikatan dengan 1 zarah atom oksigen maka wujudlah molekul H20... roh air sesungguhnya suci kerana air membersihkan dosa dan noda dalam setiap upacara agama dan sembahyang...tatkala roh api mengamuk jadilah roh air sepanas wap yang naik ke langit semula....
ROH API menaikkan radang emosi luapan rasa...
ROH AIR pula menyejukkan radang yang menyala.....
terkadang pula roh air membeku emosi laksana bongkah salji yang mendinginkan deria rasa dan kelu kata...
ROH TANAH pula membina daging dalam genangan air kolam biorganan lalu membentuk pepejal hidup yang bernyawa...
ROH ANGIN pula meniup hawa udara memberi nafas kepada kehidupan ..
Tanpa keempat2 sifat ini alam semesta tidak akan wujud....








0 comments:

Post a Comment